Tuesday, December 21, 2010

mak

mak..
di usia muda mu
aku tidak di sisi
hanya cerita dari mummy
cerita dari mama
cerita dari mak lang
cerita dari ibu
menggambarkan masa muda mu

mak
garang macam singa
bijak mengurus keluarga
8 orang hendak dipelihara
dia tidak bekerja
bergantung kepada suami untuk biaya

atuk hanya guru menjahit
gajinya...memang tidak cukup menampung keluarga
mak mengambil upah menjahit
untuk membantu menyara keluarga

mak
sungguhpun kau tak mewah
8 anak kau tidak satupun tak sekolah
malah gelang emas kau gadai
untuk anak yang menyambung pelajaran di luar negara
mak
ketika kami berdepan peperiksaan
kau yang gelisah
kalah mummy dan ayah
ketika mendapat keputusan
kau yang gembira
seperti diri kau yang berjaya

mak
di usia tua mu
kau selalu merengek
kau selalu merepek
'ah aku ni tak de ape'
'ah aku ni bukan sihat'
'aku ni mane ade duit'
'aku ni penat'
'aku ni dah nak mati agaknye'
'aku ni bodoh...tak sekolah'

aku selalu marah
tika kau berkata begitu
manakan tidak
kau boleh berjalan tanda kau sihat
kau ada rumah besar tanda kau berduit
kau ada anak-anak, cucu-cucu tanda kau punya segala

apa lagi yang tidak cukup mak?

mak
waktu itu aku tidak mengerti
sikit pun kata-kata mu aku buat tak reti

mak
aku terjumpa diarimu
sebulan selepas kau meninggalkan aku
baru aku mengerti
kau tak bahagia di hati

mak
baru ku tahu selama ini kau memendam di hati
kau terpenjara dirumah sendiri
kau sentiasa bersedih hati
kau sentiasa berasa sunyi
kerana kau tidak dihargai suami

mak
kau ikut sahaja perintah atuk
'mak ko, amek kan aku itu'
'mak ko, picit kaki aku ni'
'mak ko, bako kan batu aku'
'mak ko, lauk ni masin. tak sedap'
'mak ko.....'

mak
angkara atuk
lebih 50 tahun kau terseksa
khidmatmu sikit pun tak di bayar
gelang emas, harapan sahaja
buju kurung untuk raya pun harapan untuk dibelinya

mak
patutlah kau selalu merengek
patutlah kau selalu merepek
rupanya kau inginkan perhatian
rupanya kau inginkan kasihan
dari anak dan cucu sekalian

mak
maafkan aku kerana tak melayan
maafkan aku kata-kata mu aku perlekehkan

mak
aku sedar
menyesal sekarang tiada guna
kerana engkau sudah tiada
hanya gambarmu pengubat rindu lara
hanya ceritamu kami kongsi bersama
semoga kau tenang di alam sana
ku harap bertemu kau di pintu syurga

mak...

al-fatihah...

No comments: