Friday, December 23, 2011

intai-intai rakyat Malaysia edisi 4

MENYAPA ORANG DI DEPAN, TETAPI BERTANYAKAN ORANG YANG LAIN

salam 1 Malaysia,
agak2nya, boleh teka tak topik kali ini pasal apa?

ok macam ni, pernah tak anda mengalami situasi macam ni:
watak 1: Ahmad (bukan nama sebenar)
watak 2: Borhan (bukan nama sebenar)

Ahmad bertembung dengan Borhan, Ahmad berkata, 'eh Borhan, Daud mana?'
Borhan sambil tersenyum menjawab, 'dia ada kelas'..

perasan tak apa yang berlaku sebenarnya?

Ahmad menyapa Borhan, tapi bukan tanya khabar Borhan, malah, bertanya pasal Daud..

Biasa terjadi kan? pasti anda pernah alami perkara macam ini kan? dan anda pun mesti pernah melakukannya..

di UPM sahaja, kebanyakan kali saya bertembung dengan seseorang, selalunya mesti akan tanya, 'Jannah (bukan nama sebenar) mana?"

seakan-akan perkara ini telah menjadi tradisi masyarakat di Malaysia, tidak kira lah apa kaum sekali pun..

boleh tak kita ubah cara sapaan ini kepada, 'hai awak, nampak cantik/comel/handsome hari ni..sihat ke?'
mungkin senyuman orang yang kita sapa itu bertambah lebar hingga ke telinga..

(^__^)

Wednesday, December 21, 2011

MENGUAP BOLEH BERJANGKIT

salam sejahtera semua.

adakah anda perasan,
ketika di dalam kereta, apabila pemandu menguap, yang duduk sebelahnya pon menguap sama,
tiba2 penumpang belakang pun menguap..
pernah alami tak?

atau pun di dalam kelas, rakan sebelah anda menguap, anda turut menguap sejurus selepas itu..
atau sebaliknya, anda yang menguap, rakan sebelah pun menguap..
pernah alami?

sekian lama juga saya perhati fenomena ini..
kadang2 tu, try juga lah, tak mengantuk pun, tapi pura2 menguap dalam kereta,
alih2 ayah pun menguap, adik pun menguap hehe

saya ada terbaca keratan Berita Harian hari Ahad kalau tak silap, ini butirannya:

Menguap boleh berjangkit


2011/12/12
LONDON: Tabiat menguap mempunyai kesan negatif kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain, lapor satu kajian.

Hasil kajian itu yang disiarkan jurnal Public Library of Science, menyatakan menguap adalah ikatan empati yang terjadi dalam sesuatu kelompok sosial
Kami berusaha memahami faktor paling penting yang mempengaruhi penularan menguap kepada manusia dengan mengumpulkan data selama setahun dari beberapa negara berlainan di dunia, kata ketua pengkaji di Universiti Pisa Itali, Prof Elisabetta Palagi.
Beliau berkata pihaknya melakukan kajian ke atas 109 dewasa, 53 daripadanya lelaki di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika selama 12 bulan. Sebelum ini menguap sering kali dikaitkan dengan tanda keletihan, tekanan atau perasaan bosan.

Kami membahagikan mereka kepada dua kumpulan dengan kelompok pertama menjadi orang yang mula menguap dan satu kelompok adalah pihak yang menghadapi mereka yang menguap, katanya.

Prof Palagi berkata, sepanjang tempoh kajian, pihaknya mendapati ada 480 kes menguap dengan setiap seorang mula menguap dalam tempoh tiga minit.

Kajian menunjukkan hampir separuh daripada responden yang mudah terjangkit menguap adalah mereka yang kenal satu sama lain seperti keluarga, teman rapat dan orang asing atau baru dikenali.
Faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menularkan tabiat menguap bukanlah kaum, warna kulit, jantina atau usia, tetapi lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka, katanya. - Agensi

Lepas baca maklumat ini, macam tak caya pula orang boleh buat kajian kan..
jadi saya pun try la buat kat kelas (hehe jangan marah orang sebelah)
saya pura2 la menguap, alih2 lepas tu dia pun menguap hehe ~ berjaya~ =p

cubalah! hehe

Thursday, December 15, 2011

senyum simpul

Pekan tu lelaki ke perempuan??

selamat pagi Malaysia (^__^)
tengah sy study pasal journal untuk subjek research method, tiba2 teringat pula 1 peristiwa ini.
hehe seingat sy, waktu ayah menjemput sy pulang dari sekolah, darjah 1 atau 2 itu tak pasti.
waktu itu kami masih tinggal dengan arwah mak di Taman Mesra.
dalam perjalanan nak sampai ke rumah, kami lalu lah depan SMKSAAS.

tiba2 sy bertanya kepada ayah
"ayah, pekan tu lelaki ke perempuan?? pekan tu bukan kah lelaki?"

ayah terpinga-pinga..
mummy pula, berkerut dahi~ 'akak tanya apa ni?' 'cuba cerita sikit'


dan sebenarnya, bermula dari hari itu, saya asyik bertanyakan soalan yang sama bahkan kepada semua orang.

sehinggalah pada suatu hari, sewaktu lalu dia hadapan SMKSAAS,
di kiri bahu jalan, saya ternampak 1 papan tanda jalan.
saya menunjukkan papan tanda itu kepada ayah,
'ayah, cuba tengok tu, dia tulis. pekan tu perempuan! kenapa macam itu? pekan kan lelaki?'
ayah masih 'blur'

so kawan2, pekan tu lelaki ke perempuan??
hehe cuba tengok papan tanda ni


walau bagaimana pun, papan tanda ini bukanlah di ambil dihadapan SMKSAAS, tapi isi kandungannya tentang persoalan saya itu ada di dalamnya (^__^)


ok jadi sekarang macam mana? pekan itu lelaki ke perempuan??

nampak tak 'Pekan Bt. 9'?
haha pekan tu perempuan kan??
apabila ayah tahu selama ini, itulah persoalannya, ayah tergelak bagai nak rak..
cerita ini memang termasuk dalam cerita sepanjang zaman keluarga kami..
ayah pula menjadikan soalan saya sebagai teka-teki di sekolahnya..
hehe

pekan itu lelaki ke perempuan?
anda jawablah (^___^)

Sunday, December 11, 2011

keterujaan.....LAGI

baru saja ni dalam 3minit yang lepas, saya tonton tv3
konsert semangat inspirasi
tengok la Hazama perfomed tadi
syokk habis laa
dia perfom live memang menjadi la
suara memang best
penampilan pun ok, cuma rambut je yang saya tak berapa minat, tapi ok la kot, 'style' =p
haizz rasa teringin lagi nak tengok hazama buat persembahan live


teringat masa tengok hazama di konsert gegar ria @ UPM hari tu
hehe sempat jugak la bergambar dengan hazama (^___^)
ehem, orang cakap muka kami serupa..org tua2 ckp, kalau serupa tu tandanya..kuikui~~gurau jak =p

Saturday, November 26, 2011

intai-intai rakyat Malaysia edisi 2

FENOMENA

mungkin ada yang tepat meneka kandungan coretan ini dengan melihat tajuk tersebut..
ya, fenomena bola sepak negara..

saya mulakan dgn ucapan tahniah kepada skuad harimau muda yg telah membaham sang garuda di sukan SEA baru2 ini..
arena bola sepak kita telah menemui sinarnya kembali..boleh dikatakan apabila skuad negara beraksi di padang, mereka akan bermain seperti bintang..
 baiklah, fenomena yang ingin dibincangkan bukanlah mengenai pemain, tetapi penyokong.

marcapada, penyokong bola sepak malaysia semakin gairah menyokong skuad negara..boleh dikatakan setiap perlawanan yang diadakan di dlm negara, stadium akan penuh..Liga Malaysia sekalipun, stadium akan penuh di negeri masing2..
semangat penyokong yang sebegini yang kita perlukan..
walaupun saya tidak pernah menonton secara langsung, tetapi semangat itu tetap membara, kerana terpengaruh dgn sorakan gegak gempita penyokong melalui kaca TV.

mari kita putar sedikit masa...mungkin sekitar 97-07 tahun sy di sekolah,
kawan2 lelaki terutamanya, lebih berborak mengenai skuad luar negara..
apabila mereka bermain di padang, kebanyakannya membayangkan diri menjadi Beckham, Henry, Ronaldo dan ramai lagi..maklumlah, mereka pemain yang hebat dan popular...
bila ditanya mengenai pemain negara......''......mokhtar dahari..'' hanya pemain lama yg terpacul...walhal beliau tidak lg bermain pada zaman itu
kecilkan lg skop, pemain negeri....''........'' langsung tiada jawapan..

kad-kad yg budak2 lelaki kumpulkan kesemuanya muka2 pemain antarabangsa..
cukup berat mulut utk bercerita mengenai skuad negara..
ya! ada cerita, dan ceritanya begini;
~bodoh la..tak reti main
~ish buat penat beli tiket je
~ala msia main mesti kalah punya

kini, segalanya telah berubah...arena bola sepak negara semakin gah, semakin meriah
rakyat malaysia tidak lagi malu untuk memakai jersi skuad negara..
tapi, ada juga yang tidak berapa sedap dilihat dan didengar, apabila sikap kenegerian penyokong kita melampaui batas...sehingga mereka tidak menghormati satu sama lain..maki memaki..caci mencaci..
tapi tidak kiralah itu, yang penting, apabila pasukan malaysia beraksi, semangat assabiah diketepikan..
contohnya, Liga Malaysia~selangor menentang kelantan~
penyokong kelantan ~ nate safee! gol pulop!
penyokong selangor ~ haha padan muka apek tak dapat tangkap bola

lain cerita apabila skuad negara beraksi
penyokong dari selangor~ hebat gila apek jaga gol! harap2la tak dapat lepas
penyokong dari kelantan~ gomo safee gomo..terer safee!

jom senyum sama2 (^____________________________^)
hehe nak dikatakan bahawa, walaupun kita hidup berlainan negeri, semangat 1Malaysia tetap utuh..

ada lagi, adik2 yang masih bersekolah, biasalah pasti juga terpengaruh dgn fenomena ini...
bila disoal selidik, case study yg pertama~iman 11thn: siapa pemain bola yang adik minat? jwpn, 'safee la, dia terror, iman nak jd mcm dia'
duduk dalam bus mini, kebanyakan budak sekolah, 'perghh baddrol tak boley blah...adeh, ape kes fakri ni..apek mmg hebat la...comelnya muslim.....''
kini nama2 pemain negara meniti di bibir rakyat kita, tidak kiralah di mana saja, oleh sesiapa saja..

berbanggalah kita menyokong pasukan bola sepak negara!

bila kalah, jgn kutuk pula
doakanlah yang terbaik buat mereka
semoga kejayaan demi kejayaan yg bakal ditepuh skuad negara akan kekal lama

(^___^)

maaf, gambar belum disertakan krn keadaan internet yg tidak mengizinkan

Tuesday, May 17, 2011

model tudung

bosan dengan model tudung yang semakin ramai sekarang?

buntu bagaimana hendak mengiklankan tudung?

di sini ada pembaharuan yang saya lakukan dalam memperagakan tudung

model pertama
nama: puik
umur: 2 tahun
ciri-ciri istimewa: buta sebelah mata, pakar menangkap lipas, kuat makan, manja,
ibu kepada 4 anak, suka mandi




ala-ala siti nurhaliza gitu


ada brani kah pakai tudung sambil posing baring macam ni? =p

model kedua
nama: beethoven
umur: 11 bulan
ciri-ciri istimewa: suka main air, cekap menangkap cicak, suka duduk atas bumbung kereta, suka tidur








menarik bukan idea ini?
cubalah!

(^___^)


Monday, May 2, 2011

meniru & darah daging

jam dinding menunjukkan jam 1.24 pagi.
aku mengantuk, mataku berat. aku sudah mula rebah 10 minit tadi
tiba-tiba, aku teringat hubungan mengenai satu perbuatan atau kesilapan ini
iaitu..
MENIRU

sedarkah kita bahawa perbuatan meniru didalam peperiksaan itu sesuatu yang amat besar akibatnya
pernah terfikir kah kita mengenai peribahasa
'siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri'
MENIRU sama sajalah dengan MENIPU pada pendapat saya

jom kita singkap berapa BESAR akibat MENIRU DALAM PEPERIKSAAN

waktu sekolah rendah, waktu periksa saja, kita meniru
kemudian kita dapat markah tinggi, contohnya A
kemudian kita dapat nombor 1 dalam kelas
bila dapat nombor 1, kita naik kelas, contohnya dari 5B ke 5A
di sini, dah dapat lihat tak impak nya?
kita MENCURI tempat mereka yg berhak..betulkah?
okay, belum cukup besar lagi??

jom kita singkap kes kedua

waktu UPSR, kita meniru, dapat straight A's
kemudian dapat sekolah asrama penuh
mak ayah bangga
kita pon bangga
sedara mara dok pulun la kasi hadiah, duit
pernah terfikir tak
yang duit, pujian, kebanggaan yang kita dapat tu
adakah kita berhak?
halal kah?
belum besar lagi impak?

jom kita singkap kes ketiga

waktu sekolah menengah, kita dapat sekolah bagus
PMR, SPM, kita meniru lagi dalam peperiksaan
dapat lagi keputusan yang cemerlang
kemudian melangkahlah kita dengan penuh bangga ke IPT
mendabik dada mak ayah bangga
sekarang? ada rasa bersalah? oh masih kecik lagi kesalahan itu?

jom jom kita singkap lagi

tibalah hari graduasi
kita pon naik pentas dengan bangganya dapat 1st class contohnya
sebelum itu, rewind sket kebelakang
kita semak balik memori lama
setiap kali exam, kita meniru, kemudian dapat result, gempak punyerr
siap boleh berlagak lagi dgn kawan2
tak kisah lah meniru cara apa pon
jeling menjeling, bisik membisik
kemudian, kita dapat keputusan baguss
tersenyum lebar kita waktu tu
bila dah grad dgn keputusan yang cemerlang gemilang terbilang
kita pon dapat lah kerja yang baekk punyerr

waktu kerja, setiap bulan, poket penuh
bila poket penuh, cukup duit kahwin la pulak kan?
rumah besar
kereta besar
keluarga besar
anak-anak lawa-lawa, hensem-hensem
tapi....
perangai tak berapa serupa manusia je kan?
ada tu rumah tangga tak bahagia kan?
padahal kita ni dah sembahyang
kita ni hormat orang tua, hormat jiran
tapi kenapa masih tak bahagia?

cuba kita renung-renungkan
kenapa boleh jadi macam tu?
jom singkap balik nostalgia lama
zaman kita tengah belajar dulu
kita tak jujur pada ilmu
kita buat perkara baik, menuntut ilmu, tapi pada masa yang sama, kita cabul kesucian ilmu
kita meniru
kita dapat gred bagus
kita dapat kerja bagus
semua hasil titik peluh meniru

berkat tak hidup kita?
mencuri tak kita daripada yang berhak?
betul kan peribahasa org tua-tua tu?
besarkan impak dan akibatnya?

hadirin hadirat sekalian, tak terkecuali diri saya ini
marilah kita muhasabah diri
kepada yang masih lagi belajar, jujur lah kita pada ilmu
berusahalah kita dengan bersungguh2 untuk menempa kejayaan kita sendiri
jangan kita khianat orang lain
jangan kita khianat diri sendiri
jangan kita khianat anak-anak kita

berusahalah bersungguh2 dan bertawakal lah

selamat menghadapi peperiksaan sahabat2
(^__^)

Friday, February 18, 2011

intai-intai rakyat malaysia edisi 1

BAHASA-BAHASO-BAHASE-KLAKA-LANGUAGE


Negara Malaysia, negara yang unik.
Rakyat berbilang kaum, rupa, etnik, budaya, bahasa, agama, kepercayaan.
Dengan terdapatnya perbezaan ini, rakyat menjadi berpuak, berpecah belah,
Di sini, saya ingin sangat berkongsi mengenai bahasa.

Bahasa jiwa bangsa..betulkah?

Gini lah, saya skrg nie telah dilanda wabak bahasa yang amat dahsyat.
sy sbnrnya nak cuba belajar semua bhs dlm msia nie kalau boleh la.
Jd, sy try la ape je yg sy tahu, bawa ke dlm perbualan seharian.

Maka pada suatu senja, sy try la 'kecek klate' sbbnye, rakan sekolej itu oghe klate.
tau demo balas ape? lebih kurang 'dop payoh le kecek klate deh..perosak bhso ambo'
Wah..sungguh mcm tu skali ek? 'perosak bhso'
kita ni punyalah beria nak blaja bhs dia..mereka tak rasa bangga ke bila ada org lain cuba berkomunikasi dgn 'bahasa mereka'..

Mereka bukan org msia kah?
kenapa kedekut sgt?
Apa mslhnye klau kami cuba nk blaja bhs kalian?
patutnye, rasa bangga. dan kalau salah, betul kan lah.. sik boleh ka?
Peristiwa itu sbnrnye membuatkan sy agak kecewa, marah dan tidak puas hati.
bukan ape, kamu tu, kalau syg sgt negeri kamu, jgn la tgglkan negeri kamu. dok je kat sana pertahankan bahasa dan negeri kamu. ini tak, kerja, belajar kat sini juga.
di negeri Selangor ini juga.

bukan berniat untuk tidak sopan atau kurang ajar, sy juga punya teman baik dari pantai timur..
dan bukan juga sy nak mengkategorikan 'semua penduduk pantai timur begitu'
tapi selalunya, begitulah yang terjadi
saya tak lah berniat apa..cuma kecewa..
kami terima kamu sebaiknya, jd apa lah salah kalau kita kongsi sama2..
kamu kan orang Malaysia...
betul kan? kan?

Lain pulak kisahnya dgn kenalan2 dari sabah dan sarawak..

sy nie nak kata pandai dan faham 'klaka swk' sikda la..tapi boleh la
sy sgt seronok berklaka swk..lg2 pulak miak2 swk yg sy knl kbyknnya sporting.
sy salah ckp pon, paling kurang sidaknya betulkan..
Langsung meraka tak pernah ckp sy perosak bahasa mereka..
kalau sy salah ckp bhs mereka, negeri swk tu tak ribut pon..sikit pon tak goncang
slalunya sy akan salah bila berbahasa iban..tp kwn tu tak sindir pun
lagi mau ajar ada la..membuatkan sy bersemgt nak berkomunikasi dlm bhs mereka..sampai ade kamus mini sarawak la hehe

Jadi skrg, apa masalahnya dgn org pantai timur, bila org pantai barat nie mahu belajar bahasa mereka?
sampai hari ini saya tak faham..
berdosa besar ke bila kami nak belajar bhs kamu?
sy rasa bhs kamu tu unik
dan kan seronok, kalau kita boleh kongsi dgn kawan2



tujuan saya menulis ini, bukan untuk menghuru-harakn keadaan atau menimbulkan kemarahan sesiapa. Saya tahu ini isu sensitif, tetapi, saya juga rakyat Malaysia, yang punya hati, perasaan, pandangan terhadap bangsa snd.

Kepada pembaca, buka hati, buka minda...fikir-fikirkan lah

Monday, February 14, 2011

The Beauty of Frienship

Friendship is a priceless gift,
It cannot be bought or sold;
But its value is greater,
Than a mountain made of gold.
It can neither see nor hear;
And in the time of trouble,
It is powerless to cheer.
It has no ears to listen,
Nor heart to understand.
It cannot bring you comfort,
Or reach out a helping hand.
So when you ask God for a gift,
Be thankful if He sends…
Not diamonds, pearls, or riches,
But the love of real true friends.