Tuesday, December 21, 2010

betulkah??


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: "woow, cool giler..."
kalau lelaki
tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: "eh perasan bagus..."



kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: "nobody's perfect"
kalau lelaki
tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: "memang.... muka pun macam pecah rumah!"




kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: "wah.. machonya.. macam hero filem!"
kalau lelaki
tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: "entah2 kawan dia..."

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "sepadan sangat..."
kalau lelaki
tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "mesti kena bomoh perempuan tuh!"

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: "jangan sedih, kan saya ada..."
kalau lelaki
tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: "perasaannya halus...penuh kasih sayang"
kalau lelaki
tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: "sesama keluarga memang harus menyayangi..."

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: "matching... hebat luar dalam"
kalau lelaki
tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: "bang, bosnya mana...?"



kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: "pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar"
kalau lelaki
tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: "tak sanggup melihat hasilnya ya..."
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:"ini barulah lelaki gentlemen"
kalau lelaki
tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: "naluri pembantu, memang begitu...."

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: "let me be your shoulder to cry on"
kalau lelaki
tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: "kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?"

mak

mak..
di usia muda mu
aku tidak di sisi
hanya cerita dari mummy
cerita dari mama
cerita dari mak lang
cerita dari ibu
menggambarkan masa muda mu

mak
garang macam singa
bijak mengurus keluarga
8 orang hendak dipelihara
dia tidak bekerja
bergantung kepada suami untuk biaya

atuk hanya guru menjahit
gajinya...memang tidak cukup menampung keluarga
mak mengambil upah menjahit
untuk membantu menyara keluarga

mak
sungguhpun kau tak mewah
8 anak kau tidak satupun tak sekolah
malah gelang emas kau gadai
untuk anak yang menyambung pelajaran di luar negara
mak
ketika kami berdepan peperiksaan
kau yang gelisah
kalah mummy dan ayah
ketika mendapat keputusan
kau yang gembira
seperti diri kau yang berjaya

mak
di usia tua mu
kau selalu merengek
kau selalu merepek
'ah aku ni tak de ape'
'ah aku ni bukan sihat'
'aku ni mane ade duit'
'aku ni penat'
'aku ni dah nak mati agaknye'
'aku ni bodoh...tak sekolah'

aku selalu marah
tika kau berkata begitu
manakan tidak
kau boleh berjalan tanda kau sihat
kau ada rumah besar tanda kau berduit
kau ada anak-anak, cucu-cucu tanda kau punya segala

apa lagi yang tidak cukup mak?

mak
waktu itu aku tidak mengerti
sikit pun kata-kata mu aku buat tak reti

mak
aku terjumpa diarimu
sebulan selepas kau meninggalkan aku
baru aku mengerti
kau tak bahagia di hati

mak
baru ku tahu selama ini kau memendam di hati
kau terpenjara dirumah sendiri
kau sentiasa bersedih hati
kau sentiasa berasa sunyi
kerana kau tidak dihargai suami

mak
kau ikut sahaja perintah atuk
'mak ko, amek kan aku itu'
'mak ko, picit kaki aku ni'
'mak ko, bako kan batu aku'
'mak ko, lauk ni masin. tak sedap'
'mak ko.....'

mak
angkara atuk
lebih 50 tahun kau terseksa
khidmatmu sikit pun tak di bayar
gelang emas, harapan sahaja
buju kurung untuk raya pun harapan untuk dibelinya

mak
patutlah kau selalu merengek
patutlah kau selalu merepek
rupanya kau inginkan perhatian
rupanya kau inginkan kasihan
dari anak dan cucu sekalian

mak
maafkan aku kerana tak melayan
maafkan aku kata-kata mu aku perlekehkan

mak
aku sedar
menyesal sekarang tiada guna
kerana engkau sudah tiada
hanya gambarmu pengubat rindu lara
hanya ceritamu kami kongsi bersama
semoga kau tenang di alam sana
ku harap bertemu kau di pintu syurga

mak...

al-fatihah...

aku belum puas mak

setiap hari sabtu, jam 5 ptg, tv3
mak mesti sudah terpacul di depan tv
Hindustan...memang sudah menjadi kegemarannya
kadang-kadang
aku: 'mak, tak de cerita lain ke? tak best le hindi ni...kejap-kejap bejoget...pastu over pulak tu'
mak: 'eh aku suke..bior le' (sambil menggenggam remote, dengan muka selambe)

hari selasa, 11 malam, tv3 (kalau tidak silap)
WWE...1 lagi rancangan kegemaran mak
memang waktu itu, tak ada siapa boleh ganggu
'tak suke tgk, jgn tgk...gi dapo'
'yah..gasak lagi haa mampus kau'
boleh bayang? wanita yang mempunyai 17 orang cucu (^___^)
gempak kan?

sejak aku kecil, kedua tangan mak lah yang memandikan aku
menyarungkan aku uniform merah-pink
aku menghulurkan kaki untuk mak menyarungkan seluar
tangan itu jugalah menyuapkn nasi kemulutku
lauk kegemaran...kicap (^__^)
tangan itu juga menyikatkan rambutku yang berkutu
mengopokku supaya aku tidur
pangkunya...tempat paling enak untukku rebah
mak juga membantu aku menyiapkan kerja sekolah
english...memang aku mengaharap pada mak
wanita tua lepasan sekolah rendah convent itu...memang fasih berbahasa inggeris

di kajang, rutin harian, pagi, selepas aku ke sekolah
membeli barang basah di lori apek
ketika itulah mak curi kesempatan ber 'chit-chat' dengan jiran-jiran
kemudian ke dapur
kemudian menghadap tv..kadang-kadang mulut ternga-nga
lucu melihat mak
kami selalu mengusik
cucu: 'mak...tidur ek?'
mak: 'mane ade tido..aku nie pejam je mate'
petang, bersembang dengan rakan-rakan
hujung minggu kadang-kadang penuh dengan undangan marhaban

kadang-kadang, berjalan ke kelantan ke rumah mak lang
kadang-kadang, balik ke tangkak
begitulah kebiasannya

satu ketika, atuk mengajak mak untuk tinggal tetap di kampung
katanya 'ah nanti senang aku ni nak g sejid'
'kat kampung tu boleh le aku ni nanam, bako-bako sampah..kat sini (kajang) tak de bende aku nak buat'
mak pun akur dengan kehendak suaminya itu

di kampung, aktiviti harian mak berubah sama sekali
tidak berjumpa orang
duduk di rumah
kalau keluar pun hanya ke Klinik Yakin...tak pun farmasi
hanya harap anak-anak untuk pulang ke kampung
hanya suara dari telefon pengubat rindu
hanya webcam dapat menceriakan mak di malam hari

musim cuti sekolah...memang meriah la kampung
cucu-cucu nak tinggal dengan mak
kebiasaanya aku dan adik, berdua memang akan duduk dengan mak di kampung waktu cuti sekolah
masa itulah mak buat macam-macam
cekodok manis
candy
bingka roti
nasi goreng bodoh (tu memang specialties mak)
gula melaka
makan...memang bersuap

tapi bila sudah meningkat dewasa kini,
bila mak mintak tinggal di kampung,
kadang-kadang aku menolak
dengan alasan 'boring la duduk kampung.tak ada apa nak buat'

kadang-kadang, bila mak membebel sorang-sorang, aku marah mak
mak: 'nanti esok kalau aku mati....' belum sempat mak menghabiskan ayat
aku: 'ish mak ni,boleh tak jgn disebut-sebut'(dengan nada yang agak tinggi)

kadang-kadang bila aku tanya, 'mak sihat?'
mak jawab: 'eh, sehat ke tak, kene sehat le aku ni'
aku marah lagi : 'mak ni, cuba jawab soalan,cuba jawab je sehat.masuk court mmg fail la mak ni'
diam sahaja orang tua itu

kami, cucu-cucu memang seronok balik kampung
lagi-lagi bila dah nak balik rumah
mesti mak selit RM2 di poket seluar
walhal mak bukannya berduit pun
tetapi mak memang tidak berkira dengan cucunya

satu lagi pasal mak
education!
sangat mak ambil berat
seingat aku, pernah mak rebus ayam 14jam lamanya untuk bagi aku minum
pada waktu itu aku menduduki peperiksaan akhir
darjah berapa? itu aku kurang pasti
setiap kali result keluar, tak kiralah siapa pun cucunya, mak mesti telefon
kalau bagus...ada ganjarannya
kalau tak bagus pun..selalunya mak beri juga

lagi satu
mak memang menghargai pemberian
lebih-lebih lagi daripada anak dan cucu
setahun dia akan bercerita
mak juga akan rasa bangga kalau anak-anak pulang ke kampung bawa kereta besar
setahun juga dia akan bercerita pengalaman naik kereta baru
mak memang begitu

banyak lagi perkara yang aku ingat pasal mak
kalau nk disenaraikan satu per satu....

lepas spm, aku dapat tawaran ke matriks johor
masa tu mak punyalah gembira
mak sanggup naik tingkat 3 bilik aku
semata-mata nak hantar aku
orang tua itu sakit lutunya, tapi digagahkan juga
aku tahu mak bangga denganku
sesiapa sahaja yang singgah dirumah
pasti dia menyebut pasal aku ke matriks

sebulan pertama aku di matriks
setiap minggu balik
balik sebab nak pergi the store
nak makan masakan mak

tapi sebulan je
5 jun 2008-jam 2 pagi
aku dapat panggilan dari mummy
'akak...mak dah tak da'

terkedu
berderau darah
tak dapat aku gambarkan perasaanku ketika itu
sedih
sebak
sukar bernafas
marah
menyesal
bercampur aduk

aku tak percaya

2 hari sebelum itu
mak hanya jatuh bilik air
terus tidak sedar diri
dan dihantar ke KL
di hospital, semua yang melawat mak, semua cakap ok
mak memang ok
tp...

sebelum ini, mak sudah 2 kali lumpuh
makan pun guna tiub
langsung tak boleh bergerak
bercakap pun langsung tidak mampu
terlantar atas katil 24jam
tapi mak boleh sihat
mak boleh gelak
mak boleh melwak

tp kenapa baru jatuh sikit....mak...

mak tahu tak,
masa mak masuk hospital tu
akak dah niat
nak beli kan mak kfc
mak suka kfc kan?

mak...
aku belum puas mencabut uban di kepala mak
aku belum puas mencium pipi mak
aku belum puas memeluk mak
aku belum puas melihat senyuman mak
aku belum puas mendengar suara mak
aku belum puas mak
aku belum puas

walauapapun..kuasa tuhan tiada yang dapat menghalang
aku akur dengan ketentuan
hanya doa yang dapat ku kirim
semoga mak tenang di sana
al-fatihah...
mak
301038-050608

erti kasih dan sayang.....kesetiaan

2 minit yang lalu, aku selesai menonton filem Hachiko untuk keempat kali nya
kisah kesetiaan seekor anjing
kisah ini merupakan kisah benar yang terjadi di negara Jepun pada suatu masa yang lampau, difilemkan semula
bermula dengan seorang professor, dlm perjalanan pulangnya kerumah, turun dari kereta api terjumpa dgn seekor anjing kecil yang tiada arah tujuan
professor terbabit mendukungnya...tidak tahu hendak diberi kepada siapa, lalu membawanya pulang
tetapi disembunyikann anjing kecil itu daripada pengetahuan isterinya di bilik menonton di tingkat bawah
tetapi tidak lama selepas itu, anjing itu memasuki kamar pasangan professor itu
teriak isterinya melihat anjing itu
lalu professor tersebut menempatkan anjing tersebut di bangsal di luar rumahnya dan berjanji kepada isterinya bahawa dia akan menemukan anjing itu kepada tuannya

saban hari, professor mencari tuan anjing tersebut, di iklankan anjing itu dimerata tempat sebagai ikhtiar untuk mencari tuan anjing itu
sementara itu, anjing itu diberi makan, di belai, di ajar bermain oleh perfessor tersebut

suatu hari, professor membawa anjing itu berjumpa temannya berbangsa jepun.
menunjukkan kalung yang ada pada leher anjing itu
kalung itu memang sudah ada sejak dari awal dia bertemu anjing itu
kawan professor itu memberitahu bahawa makna disebalik kalung itu ialah 'hachi'
yang bermaksud 'lapan' dalam bahasa Jepun

sejak itu, professor memanggil anjing itu 'hachi'

dalam pada itu, isterinya tetap lagi berkeras untuk tidak membenarkan professor menyimpan hachi
dikuatkan lagi kebenciannya apabila hachi merosakkan projek isterinya yang diusahakan berbulan lamanya

suatu pagi, professor sibuk melayan hachi...pelajaran pertama-mengutip bola
berkali-kali diajar namun hachi tetap tidak memungut bola itu
telefon berdering, seseorang yang terbaca mengenai iklan hachi ingin mengangkatnya
si isteri yang melihat melalui tingkap keakraban hachi dan suaminya
menjawab ringkas panggilan itu, 'anjing itu sudah bertuan'

bermulalah fasa hidup baru mereka...menjadikan hachi sebahagian daripada keluarga
kini hachi sudahpun besar...sihat..tegap
menjadi sahabat baik professor
hachi dan professor bagai tidak boleh dipisahkan


sehingga pada satu pagi, ketika professor ingin ke tempat kerja, hachi mengekorinya sehingga ke stesen kereta api
professor hanya menyedari hachi ketika dia berada di dalam gerabak
bergegas keluar mendapatkn hachi, menyuruhnya pulang
namun hachi berdegil
professor membawa hachi pulang
petangnya, sewaktu professor pulang dari kerja, hachi menyambutnya di stesen
terkejut melihat hachi

bermula dari hari itu, begitulah hari-hari berikutnya
hachi menghantar professor ke stesen pada paginya
petangnya, tepat jam 5 hachi sudah menunggu di depan stesen
peristiwa ini berlanjutan selama 2tahun
sehinggakan orang-orang di sekeliling sudah mengenali hachi

hinggalah pada satu hari
seakan-akan haiwan itu tahu
pagi itu, semasa professor ingin ke stesen, hachi tidak turut serta
perasaan pelik bermain difikiran
namun professor meneruskan perjalanannya
hanya beberapa langkah ingin memasuki pintu stesen hachi pun tiba
kali ini, dengan sebiji bola kuning digonggongnya
diluahkan kepada professor
bayangkan selama 2 tahun itu, hachi tidak pernah sekali pun mengambil bola yang dibaling walaupun diajar berkali-kali
pagi itu, hachi seakan-akan tidak mahu melepaskan tuannya ke kerja

hari yang sama, sewaktu sedang mengajar di kelas
sambil memegang bola yang diberi oleh hachi
tiba-tiba tanpa sebab
tanpa punca
professor rebah....


tepat jam 5, hari yang sama, hachi seperti selalu
menunggu di depan stesen untuk menjemput tuannya,sahabatnya
tetapi....
sehinga malam hachi menunggu
tiada juga kelibat tuannya

professor sudah pergi untuk selamanya...

tidak lama kemudian, keluarga professor ingin berpindah
membawa hachi bersama
setibanya dirumah baru, hachi terdengar bunyi kereta api
meluru keluar rumah terus ke stesen sedangkan jarak dari rumah baru itu ke stesen sangat jauh
ahli keluarga professor yang menyedari kehilangan hachi berusaha mencarinya merata tempat
akhirnya, tekaannya anak perempuan professor itu tepat
hachi di stesen
mereka membawanya pulang
tetapi keesokannya hachi hilang lagi
sekali lagi hachi di temui di stesen

hachi tidak boleh dihalang lagi...maka keluarga professor merelakan membiarkan hachi bersendirian

hachi,setiap hari....setiap waktu apabila terdengar bunyi kereta api
akan terus terpacak di hadapan pintu stesen
dengan harapan melihat tuannya pulang
tetapi yang sudah pergi tak akan kembali

hachi kini tidak bertuan...meneruskan nyawa berbekalkan ihsan insan yang berhati mulia yang memberinya makan setiap hari

siang berlalu, malam tiba...hachi tetap setia menunggu yang tak akan kembali
9 tahun......9 tahun selepas kematian professor
hachi...tetap setia menunggu
tepat jam 5, hachi akan tegak dihadapan pintu stesen..hingga ke malam
selama 9 tahun..
seekor anjing yang hanya binatang yang tidak mempunyai akal...tidak bertutur bahasa manusia
setia menunggu tanpa jemu....tidak mengalah walau sehari pun
hachi tetap menunggu sehingga akhir hayatnya


November 10, 1923–March 8, 1935

sahabat...yang mungkin mempunyai haiwan peliharaan
sayangilah meraka
terimalah mereka seperti keluarga kita sendiri
mereka tidak meminta barang-barang berjenama yang mahal-mahal
cukuplah sekadar memberi makan
sehelai alas kaki buruk untuk dijadikan tempat tidur
membelai
tidak mengasari mereka
kita mungkin tidak mengerti apa yang terbuku dihati mereka
tetapi yakinlah...percayalah
cinta...kasih yang kita berikan kepadanya pasti dibalas
malah mungkin kasih mereka lebih hebat daripada kasih manusia


Monday, December 20, 2010

a journey of a thousand miles begins with a single step

1995-langkah pertama ke Tadika Sofia dengan tangisan yang agak dahsyat...
aku masih ingat saat itu. adakala tertawa sendirian mengenang peristiwa itu
di tadika inilah aku mengenali huruf dan nombor
di tadika inilah aku belajar membentuk orang lidi menggunakan tanah liat
di tadika inilah aku belajar berkomunikasi menggunakan jam power rangers
di tadika inilah aku belajar doa makan, doa masuk tandas, doa sebelum tidur
pengetahuan secebis itu masih belum cukup untuk menjadikan aku seorang insan
maka aku teruskan perjalanan..


1997-langkah pertama ke sekolah rendah, kali ini tidak lagi diiringi tangisan
tahun pertama itu menjadi permulaan gemilang.
aku menjadi ketua darjah
mendapat no 1 di kelas
no 3 keseluruhan
matapelajaran terbaik matematik & bahasa inggeris
1998-1999-tahun aku dilantik menjadi pengawas sekolah dan juga ketua darjah
tidak byk yang berlaku di sekolah untuk 2 thn ini melainkan kemerosotan aku dalam pelajaran
2000-2002-masih lg pengawas sekolah
di peringkat kedua sekolah rendah ini, aku mula menunjukkan sinar lebih-lebih lagi dalam bidang sukan
setiap tahun aku akan mewakili sekolah ke bukit jalil
setiap tahun aku akan membawa balik pingat di acara sukan sekolah
segala acara aku sertai melainkan 1, lompat jauh.
aku mula memegang jawatan dlm ko-ko
aku menceburkan diri dlm taekwondo
aku mula dikenali guru-guru sehingga ke guru besar
aku akhiri zaman rendahku dgn keputusan UPSR yang sangat mendukacitakan mummy kerana 1B iaitu english.-mummy mengajar english

2003-2005 bermulanya era hamidians
aku bertuah kerana antara berjuta yg memohon, aku terpilih ke sekolah yang terunggul di Malaysia ini.
pertama kali lagu sekolahku berbahasa arab
partama kali belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris memandangkan aku batch yang pertama diaplikasikan sistem itu
sejak itu, matematik tidak lagi menjadi subjek kegemaran mungkin juga kerana putus asa asyik 'merah'
tidak pernah lulus!
pencapaian akademik, ko-ko, tiada apa yang boleh dibanggakan.
berakhir dgn keputusan PMR yang amat mendukacitakan.
lalu, disebabkan keputusan itu,
2006-2007
harapan aku untuk menjadi veterinar berkecai
aku dicampakkan ke aliran akaun
akaun dan ekonomi bukanlah asing bagiku malah aku sangat cemerlang dalam subjek itu
tapi minat aku adalah pada subjek sains
nak atau tak, aku terpaksa mengharunginya
aku cuba mententeramkan jiwa dgn berkifir bahawa mungkin ada hikmahnya
jadi ku teruskan juga dgn aliran akaun
alhamdulillah..SPM...membanggakan kedua ibu bapa ku



2008-2009
berbekalkan keputusan SPM yang agak baik, aku meneruskan perjalanan melangkah ke alam matrikulasi
kehidupan di matrikulasi termasuk di dalam senarai kenangan manisku
kali pertama aku belajar dengan melihat slide show
kali pertama aku belajar di bilik kuliah yg padat dgn 180org pelajar
kali pertama aku memegang reket tenis
kali pertama aku berkayak
kali pertama aku berjauhan dgn keluarga
disinilah tempat aku belajar berdikari
disni juga tempat aku mengenali kaum lain
disini aku belajar, murid mencari guru bukan guru mencari murid
banyak yg perkara indah sewaktu persinggahan ku disini

2009-2010
perjalanan diteruskan lagi
kali ini cabarannya lebih besar
UPM
disini,titik tolak masa depanku
semester pertama, hari pertama, sesat!
bilik kuliah dimana?
kawan-kawan yang masih belum ku kenali juga hilang arah tuju
bersama-sama mencari
lucu mengenangkan kembali
semester kedua, peristiwa yang paling kuingat sewaktu kerja lapangan di perkampungan orang asli
pengalaman menarik
masih ingat dialog aku dan kak melati
soalan: pokok jagung depan tu tanam sendiri ke kak?
kak melati: eh mestila tanam sendiri, dia mana boleh tumbuh kalau tak tanam.
ketika itu,aku terfikir adakah jawapan itu jujur, ataupun gurauan?
semester ketiga
semester kesukaan aku
berjumpa kawan baru
melakukan perkara diluar kebiasaan diri
kawan baru yang aku jumpa kini menjadi teman paling rapat
semester ini juga aku bertemu musuh
semester ini telah banyak mengajar aku pelbagai karenah manusia

setelah apa yang aku lalui, aku bersyukur kepada Allah, aku masih lagi diberi peluang untuk menumpang di bumi ini. belajar...mencari pengalaman

perjalananku masih jauh...apa yang dihadapan tidak aku ketahui
hanya berserah dan berusaha