Friday, December 23, 2011

intai-intai rakyat Malaysia edisi 4

MENYAPA ORANG DI DEPAN, TETAPI BERTANYAKAN ORANG YANG LAIN

salam 1 Malaysia,
agak2nya, boleh teka tak topik kali ini pasal apa?

ok macam ni, pernah tak anda mengalami situasi macam ni:
watak 1: Ahmad (bukan nama sebenar)
watak 2: Borhan (bukan nama sebenar)

Ahmad bertembung dengan Borhan, Ahmad berkata, 'eh Borhan, Daud mana?'
Borhan sambil tersenyum menjawab, 'dia ada kelas'..

perasan tak apa yang berlaku sebenarnya?

Ahmad menyapa Borhan, tapi bukan tanya khabar Borhan, malah, bertanya pasal Daud..

Biasa terjadi kan? pasti anda pernah alami perkara macam ini kan? dan anda pun mesti pernah melakukannya..

di UPM sahaja, kebanyakan kali saya bertembung dengan seseorang, selalunya mesti akan tanya, 'Jannah (bukan nama sebenar) mana?"

seakan-akan perkara ini telah menjadi tradisi masyarakat di Malaysia, tidak kira lah apa kaum sekali pun..

boleh tak kita ubah cara sapaan ini kepada, 'hai awak, nampak cantik/comel/handsome hari ni..sihat ke?'
mungkin senyuman orang yang kita sapa itu bertambah lebar hingga ke telinga..

(^__^)

No comments: