Wednesday, December 21, 2011

MENGUAP BOLEH BERJANGKIT

salam sejahtera semua.

adakah anda perasan,
ketika di dalam kereta, apabila pemandu menguap, yang duduk sebelahnya pon menguap sama,
tiba2 penumpang belakang pun menguap..
pernah alami tak?

atau pun di dalam kelas, rakan sebelah anda menguap, anda turut menguap sejurus selepas itu..
atau sebaliknya, anda yang menguap, rakan sebelah pun menguap..
pernah alami?

sekian lama juga saya perhati fenomena ini..
kadang2 tu, try juga lah, tak mengantuk pun, tapi pura2 menguap dalam kereta,
alih2 ayah pun menguap, adik pun menguap hehe

saya ada terbaca keratan Berita Harian hari Ahad kalau tak silap, ini butirannya:

Menguap boleh berjangkit


2011/12/12
LONDON: Tabiat menguap mempunyai kesan negatif kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain, lapor satu kajian.

Hasil kajian itu yang disiarkan jurnal Public Library of Science, menyatakan menguap adalah ikatan empati yang terjadi dalam sesuatu kelompok sosial
Kami berusaha memahami faktor paling penting yang mempengaruhi penularan menguap kepada manusia dengan mengumpulkan data selama setahun dari beberapa negara berlainan di dunia, kata ketua pengkaji di Universiti Pisa Itali, Prof Elisabetta Palagi.
Beliau berkata pihaknya melakukan kajian ke atas 109 dewasa, 53 daripadanya lelaki di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika selama 12 bulan. Sebelum ini menguap sering kali dikaitkan dengan tanda keletihan, tekanan atau perasaan bosan.

Kami membahagikan mereka kepada dua kumpulan dengan kelompok pertama menjadi orang yang mula menguap dan satu kelompok adalah pihak yang menghadapi mereka yang menguap, katanya.

Prof Palagi berkata, sepanjang tempoh kajian, pihaknya mendapati ada 480 kes menguap dengan setiap seorang mula menguap dalam tempoh tiga minit.

Kajian menunjukkan hampir separuh daripada responden yang mudah terjangkit menguap adalah mereka yang kenal satu sama lain seperti keluarga, teman rapat dan orang asing atau baru dikenali.
Faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menularkan tabiat menguap bukanlah kaum, warna kulit, jantina atau usia, tetapi lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka, katanya. - Agensi

Lepas baca maklumat ini, macam tak caya pula orang boleh buat kajian kan..
jadi saya pun try la buat kat kelas (hehe jangan marah orang sebelah)
saya pura2 la menguap, alih2 lepas tu dia pun menguap hehe ~ berjaya~ =p

cubalah! hehe

No comments: