Thursday, February 2, 2012

kehilangan kesayangan hati

sempena cuti raya cina yang akan datang, aku merancang untuk balik kampung and stay sana seminggu.
so, memandangkan semua nak balik, termasuk acu, so aku dah mula risau siapa nak jaga adik-adik bulu ni.
fikir punya fikir, dapat idea untuk tinggalkan dia orang kat rumah nenek.
so sabtu malam (21 Jan 2012), sebelum balik tu, singgah rumah nenek dan tinggalkan dia orang.

22 Jan 2012- sementara tunggu maghrib, aku borak-borak dengan mummy. entah macam mana, at the end of conversation, mummy cakap 'akak, puik hilang tau'...
aku tersentak...jantung aku terus kencang berdegup..kelu..
selang beberapa lama aku pun tanya mummy, ' bila dia hilang?'
mummy jawab, 'petang tadi nenek telefon ayah'.
aku terus tak keruan...kepala terus berdenyut..

malamnya aku cakap kat mummy and ayah, 'akak nak balik, nak cari puik'.
mummy cakap, 'balik esok pagi la. ni dah malam'.

malam tu memang aku tak dapat nak lelap mata pun. tapi aku paksa diri sebab memikirkan esok nak drive.
malam tu juga berkali-kali aku buat solat hajat supaya aku dapat jumpa puik.

23 Jan 2012- pagi-pagi lagi, lepas subuh aku dah bersiap-siap nak balik kajang. tapi pukul 9 juga baru gerak, sebab ada hal nak urus. so mira and ayah one teman aku balik.
sampai je rumah, aku terus start motor, pergi rumah nenek.
masa itu, kaki menjerit-jerit bila dengar suara aku. aku pun bawa lah kaki sama-sama cari mak dia.

ikutkan cerita acap and nadirah, puik lari tuju arah bukit. so aku pun sama-sama dengan mira, kaki, acap, nadirah, pergi cari puik. masa tu agak terik juga lah.. pukul 1 tak silap. matahari tegak atas kepala. kesian kaki, haus. so aku pun decide untuk stop dulu.. mungkin sambung petang nanti.
dalam pada tu, aku bawa kaki balik rumah.

petangnya, lebih kurang jam 4, aku sambung lagi cari puik dengan mira. aku buat muka tebal je jerit-jerit nama puik, jiran-jiran ada juga yang pandang-pandang..tak kurang juga yang tanya kenapa..bila aku explain, meraka jawab tak nampak puik.

sampai maghrib, puik masih tak jumpa..
aku sedih sangat..frust pun ada sebab puik tak menyahut pun..malah loceng dia pun aku tak dengar.. aku frust sebab aku dengan puik, kami ada semacam satu bond yang unexplainable...suara aku ni family aku label 'the magical voice' untuk puik..sebab puik pantang dengar suara aku, dia mesti datang. tak pun menjawab balik..tapi ni....kosong..aku sedih..

lepas maghrib tu, aku balik semula ke kampung.

dalam pada itu, aku kesian juga kat nenek and budak-budak tu..especially nadirah..dia sampai menangis sesak nafas la bila puik hilang..acap pulak memang muram je..iyalah, dia rasa dia yang bertanggungjawab. nenek, sampai 2 pagi tak tidur..aku memang sikit pun tak salahkan siapa-siapa..

aku terus berdoa dan berdoa..

24 Jan 2012- masih tiada khabar berita. malam tu ayah balik kajang sebab esoknya kerja. mummy ikut.

25 Jan 2012 - mummy and ayah pula cuba nasib cari puik..tapi...tetap tak jumpa..

aku tak putus-putus berdoa kepada Allah supaya dipertemukan puik...bila aku terfikir balik, mungkin ada hikmah disebalik semua ini..mungkin Tuhan nak aku dekatkan diri aku kepada Nya...mungkin Dia nak uji aku..segalanya mungkin..

28 Jan 2012- mummy and ayah balik kampung..berita puik....masih tak jumpa..

sampai satu tahap, aku berdoa kepada Allah, 'kalau lah Engkau takdirkan aku tidak dapat berjumpa dengan puik lagi, Engkau tunjukkanlah bangkainya ya Allah' dalam masa yang sama, aku tak mahu itu yang terjadi..tapi aku seolah-olah putus harapan..
tapi aku masih berdoa supaya puik dapat kembali kepadaku dengan selamat...

30 Jan 2012 - aku sampai kajang semalam.. pagi ini, aku nekad untuk siapkan iklan untuk aku edar kat taman perumahan nenek..petang tu, aku and mira, pergi lah rumah ke rumah, edar kan iklan tu.. mana-mana nenek, makcik, pakcik yang duduk depan rumah tu, semua aku tanya sambil bagi poster tu. aku tebalkan muka. ada seorang nenek cakap dia pernah nampak puik baru-baru ini. aku terasa masih ada harapan untuk jumpa puik sebab aku yakin puik masih hidup.

malamnya, aku tunggu je kalau-kalau ada yang telefon...tapi sia-sia..

31 Jan 2012- masih tiada yang telefon...petang tu, aku pergi lagi untuk cari puik..tapi tetap tak jumpa..aku seolah-olah redha yang aku tak kan jumpa puik lagi..

1 Feb 2012- petang, dalam jam 5, aku cuba bawa kaki berjalan..kalau dulu, aku dengan puik, memang dah jadi rutin waktu cuti, petang-petang memang kami jalan satu taman..kaki biasanya tak ikut..sebab dia tak boleh sangat terima arahan...lagi satu dia takut sangat dengan motor, kereta yang lalu lalang..tapi hari ini aku nak cuba juga dengan kaki...kami dah sampai hujung jalan waktu tu. tiba-tiba ada satu jeep datang, kaki terus berlari laju, terus masuk rumah. aku panik time tu. sebab takut dia kena langgar dengan kereta lain pulak..tapi syukur dia selamat. waktu tu lah aku terkenang puik..

kalau puik, dia memang patuh arahan..dia percaya kat aku tu yang penting. bila ada kereta lalu, dia akan duduk diam sebelah aku sampai lah semua clear, baru kami sambung jalan..

puik...akak rindu sangat kat puik...

malam- aku ke hospital sebab iki warded.mama yang ambil aku petang tu. dalam pukul 11 ayah pun sampai baru balik dari main badminton..jam 11 macam tu kami pun balik la rumah..
dalam perjalanan tu, masa nak lalu taman perumahan nenek, aku tiba-tiba terdetik nak cari puik. aku pun cakap la kat ayah, ' mana lah puik ni yah? nenek cakap, kucing selalu jalan malam-malam'. ayah pun tak teragak-agak masuk je terus taman tu...mata aku liar ke kiri kanan...tiba2....

'eh puik!"
ayah pun berhenti.
aku terus keluar kereta meluru ke arah puik.
yes! memang betul puik!
aku panggil puik..dia terus berhenti..dia menyahut..
ya Allah Alhamdulillah...syukur tak terkata..
mengalir juga lah air mata..
keadaan puik, kurus, bulu tak terurus dan yang paling sedih, ada orang khianat dia..
kolar dia bukan kat leher..tapi dari tengkuk ke ketiak..bayangkanlah seksanya puik nak jalan..ketat pulak tu..zalim betul manusia yang buat macam tu..patutlah puik jalan terhenjut-henjut..
tapi tak apa lah, yang penting puik selamat..
Tuhan kabulkan doa aku..Alhamdulillah..

inilah rupa puik selepas sejam aku jumpa dia

rupa macam budak sakit...tapi takpa lah..esok kita mandi ye (^__^)
puik tadi baru lepas habiskan 1 mangkuk makanan..right now dia tengah tidur..mungkin penat
ye lah 9 hari hilang...
1 Feb 2012 - antara tarikh yang bahagia buat aku..yes, tak lupa mummy and adik, and mira...mesti dia orang nak balik kajang this week nak tengok kanje-kanje ni hehe..

Alhamdulillah ya Allah...

No comments: