Thursday, December 15, 2011

senyum simpul

Pekan tu lelaki ke perempuan??

selamat pagi Malaysia (^__^)
tengah sy study pasal journal untuk subjek research method, tiba2 teringat pula 1 peristiwa ini.
hehe seingat sy, waktu ayah menjemput sy pulang dari sekolah, darjah 1 atau 2 itu tak pasti.
waktu itu kami masih tinggal dengan arwah mak di Taman Mesra.
dalam perjalanan nak sampai ke rumah, kami lalu lah depan SMKSAAS.

tiba2 sy bertanya kepada ayah
"ayah, pekan tu lelaki ke perempuan?? pekan tu bukan kah lelaki?"

ayah terpinga-pinga..
mummy pula, berkerut dahi~ 'akak tanya apa ni?' 'cuba cerita sikit'


dan sebenarnya, bermula dari hari itu, saya asyik bertanyakan soalan yang sama bahkan kepada semua orang.

sehinggalah pada suatu hari, sewaktu lalu dia hadapan SMKSAAS,
di kiri bahu jalan, saya ternampak 1 papan tanda jalan.
saya menunjukkan papan tanda itu kepada ayah,
'ayah, cuba tengok tu, dia tulis. pekan tu perempuan! kenapa macam itu? pekan kan lelaki?'
ayah masih 'blur'

so kawan2, pekan tu lelaki ke perempuan??
hehe cuba tengok papan tanda ni


walau bagaimana pun, papan tanda ini bukanlah di ambil dihadapan SMKSAAS, tapi isi kandungannya tentang persoalan saya itu ada di dalamnya (^__^)


ok jadi sekarang macam mana? pekan itu lelaki ke perempuan??

nampak tak 'Pekan Bt. 9'?
haha pekan tu perempuan kan??
apabila ayah tahu selama ini, itulah persoalannya, ayah tergelak bagai nak rak..
cerita ini memang termasuk dalam cerita sepanjang zaman keluarga kami..
ayah pula menjadikan soalan saya sebagai teka-teki di sekolahnya..
hehe

pekan itu lelaki ke perempuan?
anda jawablah (^___^)

2 comments:

Noor Shahin said...

hahaha, aku pun blur jap time baca post nie..
ada pekan yg aku kenal tu, seorang lelaki... camen nie?
pekan nie sebenarnya laki ke perempuan,ye?

nifazi said...

hehehe boleh jadi teka teki sepanjang zaman kn?
tu la..otak kita memang sudah didoktrin bahawa 'pekan=lelaki'
so, pekan tu lelaki ke perempuan?
hehe