Friday, February 18, 2011

intai-intai rakyat malaysia edisi 1

BAHASA-BAHASO-BAHASE-KLAKA-LANGUAGE


Negara Malaysia, negara yang unik.
Rakyat berbilang kaum, rupa, etnik, budaya, bahasa, agama, kepercayaan.
Dengan terdapatnya perbezaan ini, rakyat menjadi berpuak, berpecah belah,
Di sini, saya ingin sangat berkongsi mengenai bahasa.

Bahasa jiwa bangsa..betulkah?

Gini lah, saya skrg nie telah dilanda wabak bahasa yang amat dahsyat.
sy sbnrnya nak cuba belajar semua bhs dlm msia nie kalau boleh la.
Jd, sy try la ape je yg sy tahu, bawa ke dlm perbualan seharian.

Maka pada suatu senja, sy try la 'kecek klate' sbbnye, rakan sekolej itu oghe klate.
tau demo balas ape? lebih kurang 'dop payoh le kecek klate deh..perosak bhso ambo'
Wah..sungguh mcm tu skali ek? 'perosak bhso'
kita ni punyalah beria nak blaja bhs dia..mereka tak rasa bangga ke bila ada org lain cuba berkomunikasi dgn 'bahasa mereka'..

Mereka bukan org msia kah?
kenapa kedekut sgt?
Apa mslhnye klau kami cuba nk blaja bhs kalian?
patutnye, rasa bangga. dan kalau salah, betul kan lah.. sik boleh ka?
Peristiwa itu sbnrnye membuatkan sy agak kecewa, marah dan tidak puas hati.
bukan ape, kamu tu, kalau syg sgt negeri kamu, jgn la tgglkan negeri kamu. dok je kat sana pertahankan bahasa dan negeri kamu. ini tak, kerja, belajar kat sini juga.
di negeri Selangor ini juga.

bukan berniat untuk tidak sopan atau kurang ajar, sy juga punya teman baik dari pantai timur..
dan bukan juga sy nak mengkategorikan 'semua penduduk pantai timur begitu'
tapi selalunya, begitulah yang terjadi
saya tak lah berniat apa..cuma kecewa..
kami terima kamu sebaiknya, jd apa lah salah kalau kita kongsi sama2..
kamu kan orang Malaysia...
betul kan? kan?

Lain pulak kisahnya dgn kenalan2 dari sabah dan sarawak..

sy nie nak kata pandai dan faham 'klaka swk' sikda la..tapi boleh la
sy sgt seronok berklaka swk..lg2 pulak miak2 swk yg sy knl kbyknnya sporting.
sy salah ckp pon, paling kurang sidaknya betulkan..
Langsung meraka tak pernah ckp sy perosak bahasa mereka..
kalau sy salah ckp bhs mereka, negeri swk tu tak ribut pon..sikit pon tak goncang
slalunya sy akan salah bila berbahasa iban..tp kwn tu tak sindir pun
lagi mau ajar ada la..membuatkan sy bersemgt nak berkomunikasi dlm bhs mereka..sampai ade kamus mini sarawak la hehe

Jadi skrg, apa masalahnya dgn org pantai timur, bila org pantai barat nie mahu belajar bahasa mereka?
sampai hari ini saya tak faham..
berdosa besar ke bila kami nak belajar bhs kamu?
sy rasa bhs kamu tu unik
dan kan seronok, kalau kita boleh kongsi dgn kawan2



tujuan saya menulis ini, bukan untuk menghuru-harakn keadaan atau menimbulkan kemarahan sesiapa. Saya tahu ini isu sensitif, tetapi, saya juga rakyat Malaysia, yang punya hati, perasaan, pandangan terhadap bangsa snd.

Kepada pembaca, buka hati, buka minda...fikir-fikirkan lah

3 comments:

aleyamaira said...

hye...nice post. saya juga ada beberapa komen untuk saudari. kadang-kala, kita (masyarakat pantai barat) memang selalu sukar untuk berinteraksi dlm bahasa lain, terutamanya bahasa klate. saya juga pernah diberitahu kwn, " ko kecek cam ore siam..." haha, mula2 marah juga. lama2 da terpaham. kita perlu juga faham dan peka bahawa masyarakat pantai timur ini, agak kasar dalam perbualan seharian mereka. bukanlah mereka sengaja begitu, tapi dah mmg nature mereka sedemikian, tapi hati mereka baik. ada apa dengan bahasa, kan? yg penting kita satu bangsa, bangsa malaysia, guna pun bahasa malaysia. apa yang saudari utarakan itu mmg rasional. tapi, masyarakat di pantai timur juga harus peka dengan perasaan sensitif masyarakat pantai barat. walaupun sekadar gurauan, kami terdidik dengan bahasa yang lebih lembut. jadi, kesimpulannya, sama2 lah kita berusaha untuk hidup saling memahami dan bertimbang rasa terhadap masyarakat yang berbeza dari aspek geografi. =) _insan onemalaysia!_

nifazi said...

terima kasih atas komentar saudari..
sy hanya berkongsi melalui pengalaman..
bukan nak kata depa tu tak baik, dan bukan sekali niat untuk membenci..
tp kasi la pluang kat kami nie nak blaja bahsa mereka kan..
bahasa klantan tu best ape..jadi ajar2 la kami ye

sayang Malaysia (^__^)

aleyamaira said...

hehehe.. betul tu. saya setuju dengan kamu!!! 100%. semoga niat kamu itu difahami mereka... =)