Saturday, November 26, 2011

intai-intai rakyat Malaysia edisi 2

FENOMENA

mungkin ada yang tepat meneka kandungan coretan ini dengan melihat tajuk tersebut..
ya, fenomena bola sepak negara..

saya mulakan dgn ucapan tahniah kepada skuad harimau muda yg telah membaham sang garuda di sukan SEA baru2 ini..
arena bola sepak kita telah menemui sinarnya kembali..boleh dikatakan apabila skuad negara beraksi di padang, mereka akan bermain seperti bintang..
 baiklah, fenomena yang ingin dibincangkan bukanlah mengenai pemain, tetapi penyokong.

marcapada, penyokong bola sepak malaysia semakin gairah menyokong skuad negara..boleh dikatakan setiap perlawanan yang diadakan di dlm negara, stadium akan penuh..Liga Malaysia sekalipun, stadium akan penuh di negeri masing2..
semangat penyokong yang sebegini yang kita perlukan..
walaupun saya tidak pernah menonton secara langsung, tetapi semangat itu tetap membara, kerana terpengaruh dgn sorakan gegak gempita penyokong melalui kaca TV.

mari kita putar sedikit masa...mungkin sekitar 97-07 tahun sy di sekolah,
kawan2 lelaki terutamanya, lebih berborak mengenai skuad luar negara..
apabila mereka bermain di padang, kebanyakannya membayangkan diri menjadi Beckham, Henry, Ronaldo dan ramai lagi..maklumlah, mereka pemain yang hebat dan popular...
bila ditanya mengenai pemain negara......''......mokhtar dahari..'' hanya pemain lama yg terpacul...walhal beliau tidak lg bermain pada zaman itu
kecilkan lg skop, pemain negeri....''........'' langsung tiada jawapan..

kad-kad yg budak2 lelaki kumpulkan kesemuanya muka2 pemain antarabangsa..
cukup berat mulut utk bercerita mengenai skuad negara..
ya! ada cerita, dan ceritanya begini;
~bodoh la..tak reti main
~ish buat penat beli tiket je
~ala msia main mesti kalah punya

kini, segalanya telah berubah...arena bola sepak negara semakin gah, semakin meriah
rakyat malaysia tidak lagi malu untuk memakai jersi skuad negara..
tapi, ada juga yang tidak berapa sedap dilihat dan didengar, apabila sikap kenegerian penyokong kita melampaui batas...sehingga mereka tidak menghormati satu sama lain..maki memaki..caci mencaci..
tapi tidak kiralah itu, yang penting, apabila pasukan malaysia beraksi, semangat assabiah diketepikan..
contohnya, Liga Malaysia~selangor menentang kelantan~
penyokong kelantan ~ nate safee! gol pulop!
penyokong selangor ~ haha padan muka apek tak dapat tangkap bola

lain cerita apabila skuad negara beraksi
penyokong dari selangor~ hebat gila apek jaga gol! harap2la tak dapat lepas
penyokong dari kelantan~ gomo safee gomo..terer safee!

jom senyum sama2 (^____________________________^)
hehe nak dikatakan bahawa, walaupun kita hidup berlainan negeri, semangat 1Malaysia tetap utuh..

ada lagi, adik2 yang masih bersekolah, biasalah pasti juga terpengaruh dgn fenomena ini...
bila disoal selidik, case study yg pertama~iman 11thn: siapa pemain bola yang adik minat? jwpn, 'safee la, dia terror, iman nak jd mcm dia'
duduk dalam bus mini, kebanyakan budak sekolah, 'perghh baddrol tak boley blah...adeh, ape kes fakri ni..apek mmg hebat la...comelnya muslim.....''
kini nama2 pemain negara meniti di bibir rakyat kita, tidak kiralah di mana saja, oleh sesiapa saja..

berbanggalah kita menyokong pasukan bola sepak negara!

bila kalah, jgn kutuk pula
doakanlah yang terbaik buat mereka
semoga kejayaan demi kejayaan yg bakal ditepuh skuad negara akan kekal lama

(^___^)

maaf, gambar belum disertakan krn keadaan internet yg tidak mengizinkan

No comments: