mummy..
andai akak pergi dulu
berjuta maaf akak pohon
terlalu banyak dosa yang akak buat
ampunkan dosa akak
jika hati mummy terdetik rasa kecewa
jika hati mummy terdetik rasa marah
jika hati mummy terdetik rasa sedih
halalkan segala makan minum
pakaian
tempat berlindung
hutang piutang
terima kasih mummy sebab menjadi contoh yang baik
terima kasih mummy sebab bersabar dengan perangai akak
terima kasih mummy ajar akak pakai contact lens
terima kasih mummy ajar akak masak nasi
terima kasih mummy bawa akak pergi jalan
terima kasih mummy tak pernah lupa hari jadi akak
terima kasih mummy buatkan susu pagi-pagi sebelum pergi sekolah
terima kasih mummy dah jahitkan baju sekolah, baju raya
terima kasih mummy jadi tempat akak mengadu
terima kasih bnyak atas segala apa yang mummy dah bagi kat akak
akak memang takkan dapat balas semuanya
mummy...
akak tahu akak bukan anak yang terbaik
akak tahu akak bukan anak yang tercerdik
tapi akak nak mummy tahu
akak dah berusaha untuk jadi yang terbaik
akak dah berusaha untuk menjadi contoh kepada adik
akak dah berusaha untuk buat mummy bangga dihadapan saudara yang lain
mummy...
ampunkan akak jika hati mummy terguris dengan kata-kata akak
ampunkan akak saat akak meninggi suara
ampunkan akak saat akak membantah
ampunkan akak saat akak tak jujur
ampunkanlah segala dosa akak
mummy..
akak nak mummy tahu
akak sayang mummy
terima kasih sebab sanggup untuk jaga akak
ayah..
andai ditakdirkan akak pergi dulu
tolonglah ampunkan segala dosa akak pada ayah
akak tahu ayah banyak kecil hati dengan akak
akak minta maaf ayah
ayah..
terima kasih sebab sanggup pikul tanggungjawab waktu mummy tengah belajar dulu
walaupun pernah ayah kejut akak untuk bangun ke tadika
tapi waktu itu orang dah balik dah pun
terima kasih ayah sebab tolong gosokkan baju sekolah akak
terima kasih ayah sebab ajar akak mengaji
terima kasih ayah ajar akak baca doa dan zikir sebelum tidur
terima kasih ayah sebab ajar akak matematik
terima kasih ayah sebab ajar akak main basikal, dari roda 4, hingga 3, hinggalah dapat mengayuh dengan 2 roda
terima kasih ayah dah ceritakan banyak cerita dongeng dan teka-teki
terima kasih ayah dah bagi duit belanja
terima kasih ayah hantar dan jemput akak sekolah
terima kasih ayah dah temankan akak beli air bed
terima kasih atas semuanya ayah
akak minta ampun akak tak dapat nak balas semua jasa ayah
ampunkan akak ayah
kadang-kadang akak tak bersyukur dengan apa yang ayah dah bagi
ampunkan akak ayah
halalkanlah segalanya dari akak lahir hingga akak meninggal kelak
ya Allah yang maha pemurah,
engaku berilah kedua orang tuaku kesihatan tubuh
engkau lindungilah mereka dari malapetaka, dan azab neraka
engkau peliharalah hubungan mereka
engkau murahkanlah rezeki mereka
engkau permudahkanlah segala urusan mereka
engkau masukkanlah mereka dalam golongan orang-orang beriman
amin ya rabbal 'alamin...
SEtiAp yaNg beRmuLa paSti adA nOktahNya
Wednesday, March 7, 2012
Wednesday, February 15, 2012
Sharing is Caring
"RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR"
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat... & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi
bersama-sama kita amalkannya, insya Allah

Monday, February 13, 2012
WHAT CAN I GET FROM MY 'BAUCER BUKU 1 MALAYSIA'??
I keep thinking 'what I can do with this voucher'?
text books? I don't really use em in my next next sem as I asked Dr. Normaz 'bout which books are we'll be using for our major, and she repiled, 'we'll not using any specific text book, I'll give you the lecture notes'.
so, if I'm not use em for text books....what else?
novels?? errr I'm not that 'reading' type..
I only read the PMR and SPM novels (in a sake of passing the exam)
so, stationaries?? for RM200?? can't be..
so what?
Then, the other day (4th feb), I'd reunion with my ex-classmate at Wetland, and after that, we went to Alamanda.
in the Alamanda, we entered the MPH..
haha, me.MPH. I just followed them. It was not me the one who wanted to go there =p
the first book I remembered I thouched was 'a letter to Mahathir' I'm not sure the exact title. I lifted it first because of Tun's face as the cover. =p
then I put it back, then moved to another rack, and another, and another.
BORING!!
I kept yawned in there.as if the place was cursed or something.maybe because of the 'smell of books'.
haha I'm bad is it?
but it's true. I can't stand with all these books around me. I felt dizzy.
and my friends, huh, they were so 'khusyuk'.
then I walked to the 'teenagers book shelves'.
then I saw 'this' book.
It'd attracted me. I didnt know how, why. maybe because of the cover.
faery? what is that? fairy I know, but faery?
then I read the review at the back.
okay. It's about the fantasy, magic things. but yet, I just don't get it what the story inside.
then I looked at the book next to 'the' book.
owh, this book have the sequel. just like Harry Potter. and it have...I dont remember how many the volume.
should I buy this?
will I read this?
okay...I'll think about it.
then I went to another rack. 'cook books'
haha interesting...then I think back. recepies? I can just easily get em from mesra.net
so I moved on to another..
ahaa 'magazines'.
I lifted em one by one.
boring.boring.boring.
OMG, what should I do with this vouchers?
At home. I kept thinking about that 'faery book'.
I do not know why.
then I think I should buy it. all of the chapter. chapter? I don't know what to call it. series?
ah what ever.
Then I decided to go to MPH once more.
this time (6th feb), with Mira and Finie my cous.
at MPH, Mira just straight away to the 'malay novel' side.
she took all the 'cintan' novels..
me..went to the rack that I went the other day
I picked all the four series of the book.
then I calculated, +/- RM120..
I can use 3 of the vouchers worth rm150.
another rm30?
okay, I bought a 'cupcake' book..
na na..it was not for me. but for my sis.
as a gift for her birthday.
so..done shopping the books..
first time in my life I bought not just 'a novel' but 4!!
the magical of 1Malaysia Voucher haha
I am excited..
at home, I showed to mummy all the books.
then I realized, hey, they should be 5, not 4.
what I mean is that, they have 5 series actually, but I only buy 4. I'd missed the 2nd one.
how can I not realised when I was at the store??
hurmm okay..it'd ruined my mood a little bit that day..
but then I said to myself..
'just read the first one first.It may take forever to finish it.plus, its in english!.so I may have time to buy the 2nd one'.
this afternoon (12 feb), guess what?
I'd finished the 1st one. haha I'm suprised with myself actually.
in just a week. I finished a novel? an english novel?
the book was like a drug. I cant stop reading eventhough I didnt really can catch up the details in the story because of...you know..English =.=
but I can tell what the story is all about.
haha
yeay for me!!
but then, I cant continue reading as I missed the 2nd one.
hurm..I think this is good for me.
I can make it as a hobby..maybe.. =p
well, I'll post the review of the book in the next entry..and maybe I can show all of the books
just wait
(^__^)

Sunday, February 12, 2012
kotor pada zahir
Entri ini diambil dari Facebook
-Anda di mata orang ...lain-
Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.
Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.
Alhamdulillah...masih ada sinar harapan untuk aku (hamba Allah yang berdosa)
wallahualam

Wednesday, February 8, 2012
intai-intai rakyat Malaysia edisi 5
"Singnal lah derr"
rakyat Malaysia ada satu penyakit
mungkin berjangkit
mungkit penyakit keturunan
penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut
penyakit tidak memasang lampu isyarat atau 'tak signal' bila nak tukar lorong atau masuk simpang.
tak tahu lah kalau signal tu rosak...kereta bukan main canggih...tap signal tarak..apa macam?
bahaya lah!
kadang-kadang terasa nak bagi pelempang pon ada..
mana tak nya..
kita nie macam orang bodoh la dok tunggu nak keluar dari simpang
dia dari main road terhegeh-hegeh pula tu
tunggu punya tunggu
last-last dia main masuk je simpang
haish! nak je aku tangan-tangan kan..
kami dok tunggu la dia macam orang bodoh.duhh
ada satu lagi kes
ini kes kurang didikan
kami ni nak jalan straight ni
laju tak laju la dalam 90km/j
tiba-tiba datang satu kereta dari kanan, laju bukan main, main belok terus ke kiri, depan kami pulak tu..signal?? menemu!!
hadoiyai...apa masalah mereka-mereka ni ye?
otak letak mana?
kedekut sangat ke nak bagi signal?
lagipun, tak kan benda-benda macam tu pon nak kena ajar?
dah la laju..main belok je..silap-silap haribulan, ada pulak motor dari kiri tu..kan dah jadi masalah
fikir-fikir lah orang lain
jangan pentingkan diri saja
tak kiralah awak tu dato' ke datin, tan sri, dan sebagainya...
tak kiralah awak bawa audi, ferrari dan kereta-kereta mewah yang lain
nyawa tetap tak boleh diganti
bersopan di jalan raya
beri signal bila membelok
tak perlu bawa laju sangat lah!
hati senang
jiwa selamat
hidup aman tiada maki hamun
make Malaysian proud (^__^)

Thursday, February 2, 2012
kehilangan kesayangan hati
sempena cuti raya cina yang akan datang, aku merancang untuk balik kampung and stay sana seminggu.
so, memandangkan semua nak balik, termasuk acu, so aku dah mula risau siapa nak jaga adik-adik bulu ni.
fikir punya fikir, dapat idea untuk tinggalkan dia orang kat rumah nenek.
so sabtu malam (21 Jan 2012), sebelum balik tu, singgah rumah nenek dan tinggalkan dia orang.
22 Jan 2012- sementara tunggu maghrib, aku borak-borak dengan mummy. entah macam mana, at the end of conversation, mummy cakap 'akak, puik hilang tau'...
aku tersentak...jantung aku terus kencang berdegup..kelu..
selang beberapa lama aku pun tanya mummy, ' bila dia hilang?'
mummy jawab, 'petang tadi nenek telefon ayah'.
aku terus tak keruan...kepala terus berdenyut..
malamnya aku cakap kat mummy and ayah, 'akak nak balik, nak cari puik'.
mummy cakap, 'balik esok pagi la. ni dah malam'.
malam tu memang aku tak dapat nak lelap mata pun. tapi aku paksa diri sebab memikirkan esok nak drive.
malam tu juga berkali-kali aku buat solat hajat supaya aku dapat jumpa puik.
23 Jan 2012- pagi-pagi lagi, lepas subuh aku dah bersiap-siap nak balik kajang. tapi pukul 9 juga baru gerak, sebab ada hal nak urus. so mira and ayah one teman aku balik.
sampai je rumah, aku terus start motor, pergi rumah nenek.
masa itu, kaki menjerit-jerit bila dengar suara aku. aku pun bawa lah kaki sama-sama cari mak dia.
ikutkan cerita acap and nadirah, puik lari tuju arah bukit. so aku pun sama-sama dengan mira, kaki, acap, nadirah, pergi cari puik. masa tu agak terik juga lah.. pukul 1 tak silap. matahari tegak atas kepala. kesian kaki, haus. so aku pun decide untuk stop dulu.. mungkin sambung petang nanti.
dalam pada tu, aku bawa kaki balik rumah.
petangnya, lebih kurang jam 4, aku sambung lagi cari puik dengan mira. aku buat muka tebal je jerit-jerit nama puik, jiran-jiran ada juga yang pandang-pandang..tak kurang juga yang tanya kenapa..bila aku explain, meraka jawab tak nampak puik.
sampai maghrib, puik masih tak jumpa..
aku sedih sangat..frust pun ada sebab puik tak menyahut pun..malah loceng dia pun aku tak dengar.. aku frust sebab aku dengan puik, kami ada semacam satu bond yang unexplainable...suara aku ni family aku label 'the magical voice' untuk puik..sebab puik pantang dengar suara aku, dia mesti datang. tak pun menjawab balik..tapi ni....kosong..aku sedih..
lepas maghrib tu, aku balik semula ke kampung.
dalam pada itu, aku kesian juga kat nenek and budak-budak tu..especially nadirah..dia sampai menangis sesak nafas la bila puik hilang..acap pulak memang muram je..iyalah, dia rasa dia yang bertanggungjawab. nenek, sampai 2 pagi tak tidur..aku memang sikit pun tak salahkan siapa-siapa..
aku terus berdoa dan berdoa..
24 Jan 2012- masih tiada khabar berita. malam tu ayah balik kajang sebab esoknya kerja. mummy ikut.
25 Jan 2012 - mummy and ayah pula cuba nasib cari puik..tapi...tetap tak jumpa..
aku tak putus-putus berdoa kepada Allah supaya dipertemukan puik...bila aku terfikir balik, mungkin ada hikmah disebalik semua ini..mungkin Tuhan nak aku dekatkan diri aku kepada Nya...mungkin Dia nak uji aku..segalanya mungkin..
28 Jan 2012- mummy and ayah balik kampung..berita puik....masih tak jumpa..
sampai satu tahap, aku berdoa kepada Allah, 'kalau lah Engkau takdirkan aku tidak dapat berjumpa dengan puik lagi, Engkau tunjukkanlah bangkainya ya Allah' dalam masa yang sama, aku tak mahu itu yang terjadi..tapi aku seolah-olah putus harapan..
tapi aku masih berdoa supaya puik dapat kembali kepadaku dengan selamat...
30 Jan 2012 - aku sampai kajang semalam.. pagi ini, aku nekad untuk siapkan iklan untuk aku edar kat taman perumahan nenek..petang tu, aku and mira, pergi lah rumah ke rumah, edar kan iklan tu.. mana-mana nenek, makcik, pakcik yang duduk depan rumah tu, semua aku tanya sambil bagi poster tu. aku tebalkan muka. ada seorang nenek cakap dia pernah nampak puik baru-baru ini. aku terasa masih ada harapan untuk jumpa puik sebab aku yakin puik masih hidup.
malamnya, aku tunggu je kalau-kalau ada yang telefon...tapi sia-sia..
31 Jan 2012- masih tiada yang telefon...petang tu, aku pergi lagi untuk cari puik..tapi tetap tak jumpa..aku seolah-olah redha yang aku tak kan jumpa puik lagi..
1 Feb 2012- petang, dalam jam 5, aku cuba bawa kaki berjalan..kalau dulu, aku dengan puik, memang dah jadi rutin waktu cuti, petang-petang memang kami jalan satu taman..kaki biasanya tak ikut..sebab dia tak boleh sangat terima arahan...lagi satu dia takut sangat dengan motor, kereta yang lalu lalang..tapi hari ini aku nak cuba juga dengan kaki...kami dah sampai hujung jalan waktu tu. tiba-tiba ada satu jeep datang, kaki terus berlari laju, terus masuk rumah. aku panik time tu. sebab takut dia kena langgar dengan kereta lain pulak..tapi syukur dia selamat. waktu tu lah aku terkenang puik..
kalau puik, dia memang patuh arahan..dia percaya kat aku tu yang penting. bila ada kereta lalu, dia akan duduk diam sebelah aku sampai lah semua clear, baru kami sambung jalan..
puik...akak rindu sangat kat puik...
malam- aku ke hospital sebab iki warded.mama yang ambil aku petang tu. dalam pukul 11 ayah pun sampai baru balik dari main badminton..jam 11 macam tu kami pun balik la rumah..
dalam perjalanan tu, masa nak lalu taman perumahan nenek, aku tiba-tiba terdetik nak cari puik. aku pun cakap la kat ayah, ' mana lah puik ni yah? nenek cakap, kucing selalu jalan malam-malam'. ayah pun tak teragak-agak masuk je terus taman tu...mata aku liar ke kiri kanan...tiba2....
'eh puik!"
ayah pun berhenti.
aku terus keluar kereta meluru ke arah puik.
yes! memang betul puik!
aku panggil puik..dia terus berhenti..dia menyahut..
ya Allah Alhamdulillah...syukur tak terkata..
mengalir juga lah air mata..
keadaan puik, kurus, bulu tak terurus dan yang paling sedih, ada orang khianat dia..
kolar dia bukan kat leher..tapi dari tengkuk ke ketiak..bayangkanlah seksanya puik nak jalan..ketat pulak tu..zalim betul manusia yang buat macam tu..patutlah puik jalan terhenjut-henjut..
tapi tak apa lah, yang penting puik selamat..
Tuhan kabulkan doa aku..Alhamdulillah..
inilah rupa puik selepas sejam aku jumpa dia
rupa macam budak sakit...tapi takpa lah..esok kita mandi ye (^__^)
puik tadi baru lepas habiskan 1 mangkuk makanan..right now dia tengah tidur..mungkin penat
ye lah 9 hari hilang...
1 Feb 2012 - antara tarikh yang bahagia buat aku..yes, tak lupa mummy and adik, and mira...mesti dia orang nak balik kajang this week nak tengok kanje-kanje ni hehe..
Alhamdulillah ya Allah...

Friday, December 23, 2011
intai-intai rakyat Malaysia edisi 4
MENYAPA ORANG DI DEPAN, TETAPI BERTANYAKAN ORANG YANG LAIN
salam 1 Malaysia,
agak2nya, boleh teka tak topik kali ini pasal apa?
ok macam ni, pernah tak anda mengalami situasi macam ni:
watak 1: Ahmad (bukan nama sebenar)
watak 2: Borhan (bukan nama sebenar)
Ahmad bertembung dengan Borhan, Ahmad berkata, 'eh Borhan, Daud mana?'
Borhan sambil tersenyum menjawab, 'dia ada kelas'..
perasan tak apa yang berlaku sebenarnya?
Ahmad menyapa Borhan, tapi bukan tanya khabar Borhan, malah, bertanya pasal Daud..
Biasa terjadi kan? pasti anda pernah alami perkara macam ini kan? dan anda pun mesti pernah melakukannya..
di UPM sahaja, kebanyakan kali saya bertembung dengan seseorang, selalunya mesti akan tanya, 'Jannah (bukan nama sebenar) mana?"
seakan-akan perkara ini telah menjadi tradisi masyarakat di Malaysia, tidak kira lah apa kaum sekali pun..
boleh tak kita ubah cara sapaan ini kepada, 'hai awak, nampak cantik/comel/handsome hari ni..sihat ke?'
mungkin senyuman orang yang kita sapa itu bertambah lebar hingga ke telinga..

Subscribe to:
Posts (Atom)